Thursday, 21 January 2016

RESIPI CHEESE CAKE


Hi semua,di sini kami nak kongsikan Resipi Cheese Cake with Crust daripada Gigit Rangup..

Untuk Makluman anda,Resipi ini bernilai RM99, tetapi anda boleh dapatkan secara PERCUMA disini..


Dibawah ini kami sediakan bahan-bahan serta cara pembuatan Cheese Cake with Crust ini:-



Bahan Kerak

-150g Gigit Rangup Cookie (dihancurkan)

-30 g mentega cair


Bahan Kek

-400g krim keju

-1 cawan gula

-1 sudu tepung gandum

-1 sudu hirisan kulit lemon

-1 sudu jus lemon

-1 sudu esen vanilla

-2 biji telur

-1 biji kuning telur

-¼ cawan susu


Bahan Hiasan

-Untuk penyediaan kerak, satukan Gigit Rangup Cookie yang telah dihancurkan bersama-sama dengan mentega cair.

-Setelah semuanya sebati, tekankan kerak tadi setebal 2 inci didalam acuan 8 atau 9 inci.

-Masukkan kedalam peti sejuk

-Untuk kek, satukan krim keju ,gula, hirisan kulit lemon, jus lemon dan vanilla . Pukul hingga kembang.

-Setelah itu,masukkan telur dan kuning telur.
Pukul pada kelajuan perlahan sehingga ia sebati

-Masukkan susu

-Tuangkan adunan tadi keatas kerak yang telah disejukkan. Hentak perlahan agar tiada gelembung udara didalam kek.

-Bakar adunan tadi pada suhu 375°C selama 45-50 minit atau sehingga bahagian tengah sudah tidak bergerak apabila digoyangkan.

-Sejukan diatas jaring pembakar selama 15 minit

-Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan biarkan seketika

-Masukkan ke dalam peti sejuk sekuirang-kurangnya 4 jam

-Sedia untuk dihidang


Mudah kan?? Apa lagi,cuba lah buat ok.. Kami Pasti Anda Suka!!

Tuesday, 19 January 2016

Hello.

Terima kasih kerana terus membaca blog Gigit  Rangup dan diharapkan anda mendapat manfaat dari bacaan ini.

Kali ini kami akan kongsikan tentang


Cara Hidangan Cookies Gigit Rangup


Ramai yang tidak tahu cookies boleh dihidangkan dalam pelbagai cara.. Ia juga boleh meningkatkan selera makan anak-anak anda.

Saya pasti ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah nak menarik minat anak-anak untuk makan makanan mereka.Kanak-kanak lebih cenderung untuk makan makanan yang menarik perhatian mereka dan bukannya makanan yang selalu dilihat seperti nasi,ayam dan sayur.


Disini saya akan kogsikan 3 cara hidangan Cookies Gigit Rangup


#1 Hidang Cookies Bersama Susu




Anda boleh pecahkan cookie tersebut kepada beberapa bahagian,letakkan kedalam mangkuk,kemudian campurkan dengan susu segar.Ia siap untuk dihidang.

Atau...

Anda boleh celupkan cookie kedalam susu segar dan terus makan.


Hidangan ini sedikit sebanyak boleh membantu meningkatkan selera makan anak-anak anda.

Adakah ia selamat untuk kanak-kanak?

Jangan risau,Cookies ini telah direka khas supaya selamat dimakan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Kami menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan terkawal seperti:-

-Tepung Berprotien Tinggi
-Gula Perang Sihat
-Mentega Tanpa Garam
-Bijirin Sihat


#2 Cookies Sebagai Topping Ice Cream




Anda boleh tumbukkan cookies ini sehingga kecil dan letakkan di atas hidangan Ice Cream atau gaulkan terus dengan Ice Cream.Ia sedia untuk dihidangkan.


#3 Menjadi 'Crust' kepada Kek




Ramai yang tidak tahu bahawa Cookies Gigit Rangup boleh dijadikan Crust kepada Kek seperti Cheese Cake.

Anda boleh lihat gambar Cheese Cake dibawah ini.





Disini kami menyediakan ebook Resipi Cheese Cake with Crust yang bernilai RM99 untuk anda.

Tetapi...

Anda boleh dapatkan secara PERCUMA dengan mengikuti langkah mudah ini.

Hantarkan Nama & Email anda ke talian kami...

Untuk maklumat lanjut,anda boleh hubungi Team GR di talian 016-867 0831/ 016-572 4432.

Apa-apa pun,pastikan anda follow kami di Fb dan Instagram ok..


Facebook: facebook.com/gigitrangup
Instagram: @gigitrangup

Sunday, 17 January 2016

Terima Kasih kerana sudi membaca blog kami.

Sampai masa untuk kami memperkenalkan siapa kami..


Anda kenal Gigit Rangup?



Hai,

Gigit Rangup merupakan pengeluar Cookie Homemade No.1 di Sarawak. Kepakaran kami adalah menghasilkan Cookie yang rangup,berkualiti tinggi,sihat dan mengenyangkan untuk anda dan anak-anak anda.

Gigit Rangup telah beroperasi selama lebih 6 bulan,bermula pada June 2015. Dalam masa yang cukup singkat kami berupaya menembusi pasaran di seluruh Sarawak.

Setakat ini kami berjaya mencapai pengeluaran sebanyak hampir 2000 balang cookie setiap bulan dan telah menjadi pembekal kepada lebih 20 restoran di kawasan Kuching.

Cookies Gigit Rangup telah direka khas untuk membekalkan tenaga dan mengenyangkan.Ia amat sesuai dijadikan makanan pengganti kanak-kanak dan juga sesuai untuk golongan ibu bapa yang bekerja lebih-lebih lagi dengan rasanya yang tidak terlalu manis & tidak memuakkan.

Kami amat menitikberatkan kualiti dan kebersihan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan cookie untuk memastikan ia selamat dimakan oleh kanak-kanak . Antaranya adalah kami menggunakan

*Tepung Berprotein Tinggi
*Gula Perang
*Mentega Berkualiti Tinggi
*Coklat & Badam

Kepada peminat-peminat GR Cookies,nantikan kemunculan cookie baharu tidak lama lagi. Promosi Harga Runtuh akan ditawarkan kepada semua dan pastikan anda tidak terlepas segala promosi yang kami akan buat nanti.




Untuk tempahan Cookies,anda boleh hubungi Team GR di talian 016-867 0831/ 016-572 4432.

Apa-apa pun,pastikan anda follow kami di Fb dan Instagram ok..


Facebook: facebook.com/gigitrangup
Instagram: @gigitrangup